di kesempatan ni, dila ingin mengambil kesempatan utk mngucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat islam seluruh dunia. Tanamkan dlm diri niat sebenar berpuasa, wujudkan keikhlasan, ketabahan n kesabaran dlm sanubari, tambahkan amalan, gandakan ibadat serta menghindarkan diri dr dosa.
kelebihan bulan Ramadhan:
- Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari seksa kubur)
- Bulan penuh keberatan, Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala Syaitan.
- Di malamnya ada lebih baik drpd 1000bulan
- Amal sunat sama dengan solat fardhu
- Manakala solat fardhu mendpt 70 kaliganda
- Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
- Bulan menambah rezeki
- Bulan bonus - Memberi buka banyak pahala yakni pahala dilipat kali ganda dan dosa diampun limpat kali ganda.
- Bulan keampunan- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.- juga doa pada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanyarahmat,10 hari pertengahan - pengampunan,10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka
- bau mulut orang yg berpuasa lebih harum dari kasturi di sisi Allah
- Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan
- Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannya
- Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu
- Sesunggunya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya, Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.
ada banyak lagi kelebihan bulan Ramadhan...korg leh search kat google. smoga dgn tahu lbih byk kelebihan ni, dpt menambahkan semangt korg tok melakukan ibadat. aminn..
wallahua'lam
** haa.. kawan2 INGAT!! no..no ponteng puase.. x baek ^_^V
0 komeng:
Post a Comment